Sunday, 19 May 2013

~Something differences ~

Assalamualaikum w.b.t

I am Kpop lover..yess walau ramai yang tak suka tapi itu pendapat masing-masing.
Actually memang kpop ada je keburukan,bila terlalu obses sampai sukar bezakan
realiti.
 Oleh kerana,aku kpop fan so ramailah "MUKA BUKU or TWITTER" friends tergolong
dari golongan kpop jugak,dari umur tua macam aku sampai muda belia.Walau minat
kpop tak ada lah pulak aku rasa "Oppa" kami ni 100% perfect,them human too tapi
agak annoying bila budak-budak bawah umur suka anggap idol baik kalah malaikat &
obses sampai study tak taw kemana..aku tertarik dengan salah seorang kpop friend kt facebook
ayat dia lebih kurang macam ni "Esok ada exam sirah tapi tak taw nak jawab apa sebab masa ustazah
ajar best dengar lagu kpop"..adehh seriously status ni buat aku kecik ati,penat je ustazah bagi
penerangan dia sibuk dengar kpop??lau kami dulu-dulu dengar lagu bila study time sorang-sorang je..hehe
  Btw rasanya tak perlulah obses sampai belajar pun lupa,tak salah nak dengar kpop cuma cara je
salah..kena fikir rasional jugak adik-adikku sayang.......Aku pun obses tapi oleh kerana aku golongan bekerja kena la komitmen same with my kpop chingu Huda Horvejkul/Mijeje, Ainbae,Sarah jundyu,Eyka Jun,Eyma Hyunjoon & Nani Park kan3?
  Sebelum aku tutup bicara seindah puisi malam ni,sama-sama la kita berdoa agar tak terpesong dengan
minat kita,tak apa obses terhadap music & "oppa" tapi harap jangan lupe siapa kita & dimana kita,so before
nak tido..dengar dulu lagu dari BAP nih (p/s"JYEAHH..i am new BABYS)

  http://www.youtube.com/watch?v=dxiI4vNzn7o

Sunday, 11 March 2012

2PM~risk my life lyrics~

Bila dgr lagu rase cm jiwang suam-suam kuku je..hohoho..


Don't heart anymore,don't cry anymore
i am going to watch over you
we'll be together forever
believe in love, don't scared anymore
   i 'm standing in front of you like this
   telling you i will make you happy
   i 'm risking my life
   i 'm risking my life
   in order to love you i risking my life
Do you know my heart
the heart to keep wanting to see you
in order to love you i risking my life
   You're not alone now,you're together with me
   when you're tired of life and it gets hard
   i will comfort you
Believe in love, watch over  me now
i'm standing in front you like this
telling you i will make you happy
    i'm risking my life,i'm risking my life
    in order to love you i risking my life
    Do you know my heart
   the heart to keep wanting to see you
   in order to love you i risking my life
Nothing can tear us apart
however you see it, it's our destiny
    i'm risking my life,i'm risking my life
    in order to love you i risking my life
    Do you know my heart
   the heart to keep wanting to see you
   in order to love you i risking my life







p/s:korang yg still single tu boleh la dgr lagu ni..feeling semacam jek rase

Friday, 9 March 2012

~Bile nafsu mengawal diri..~

Ya allah..banyaknyea aku bazirkan duit bulan ni..
sume serba baru..duit trip ntah kemana..huhuhuhu
"berjanji la wahai diri..berjanji lah...berjimat la
dikau,berhemat lah dikau..semoga segala perancangan
tiada masalah"...hehehehe....
 Sedar tak sedar rupenya lagi beberapa bulan
korean trip yg ktorg idamkan...tp saving still cm sipot..
cam ne ni...........
 papepon...layan dulu klip video kt atstu..huhuhuhu..

Monday, 5 March 2012

~my kpopz loverz friends~

Firstly..korang memang daebak la!!
  Berkpop sorang diri memang bosan..lagi- lagi bila aku tahu yang Malaysia adalah salah satu negara yang tersenarai dalam HANDS UP TOUR 2PM..dan yg pasti ni first time diorg dtg Malaysia..xcited gile mase tu..
tapi ade plak problem datang..aku nak pegi ngan sape?huhuhu...cube ajk my opis mate,coz setahu aku dia pun minat korea tp tak hardcore cam aku..mula-mula ok je..tapi lepas tu cancelled plak coz PAKWE aka Boypren dia tak bagi (alahai dik...rugi la umo muda-muda lagi dah terikat)...so aku macam dah putus asa la,sampai la satu hari aku tengok ada satu group kt Fb..**tak payah tulis la ye** & berjaya menjadi salah satu group kat situ..hehehe
   Masih ingat lagi first post aku adalah berkaitan diriku yg tak dapat pergi ke konsert...tp so amazing ramai betol hottest-hottest (2PM fan punya panggilan),so start dari tu la aku kenal huda,sarah,mira,enn,baya & yang sewaktu dengannya...lepas tu kenal la kawan-kawan huda plak..ain,imah & nani..hope korang tahu yang korang memang best la..sekarang kita tgh bz ngan korean trip..semoga apa kita impikan menjadi kenyataan..

Sunday, 4 March 2012

Kpop

Ya allah..lama rasenya tidak ku menjengah ke blog yg x sberapa ni..


Ok mesti sume t'tanya kenapa title tu Kpop kn?
Sekarang aku boleh dikatakan sebagai pengemar kpop yg sejati..kehkehkeh (dah tua-tua baru nak minat kn)...hehehe
 Btw.."cinta ku tertinggal di korea" gara2 byk sangat tengok drama korea yg boleh buat aku sedih tu..alah..ala-ala cite WINTER SONATA tu..hehe..before ni if i listen others people talk about kpop, i think why le diorang minat sampai cam tu sekali,malaysia ni ramai lagi artis..huhuhu..
Tapi entah cam mana aku boleh tertengok drama "CINDERELLA STEP SISTER" & terpandang pulak MR OK TAECYEON..dup dap dup dap rse..hehehe,GATAI..so dari saat tu aku gigih cari story pasal dia..sampai aku kenal 2PM..dari "IDOL ARMY sampai ke 2PM show sume aku hentam..asal ada 2PM je...
N sejak dari tu la aku jadik penggemar kpop yang kental..hahahahaha...
II
II
v
"Oppa taec yang hensem"


p/s:suke bila dapat kawan baru time berkpop ni..hehehe..i will continue k..

Wednesday, 16 February 2011

Kisah Hari Kiamat

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Slm Perkenalan

Mahu cube bblogging wlau x thu mreka2 ayt nih,,

Best bile dpt mluahkn n saling bertukar pndangan sesama kita.